Friday 15 June 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيمREBUT PELUANG 27 REJAB BERSAMAAN 16/17 JUN 2012(Tawaran hebat daripada Allah)AMALAM MALAM (hari Sabtu malam Ahad)Malam ke 27 Rejab (bersamaan 16 hb Jun 2012 Sabtu) Malam ini dkenali malam mab'ats (diutuskan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul) . Salah satu malam penuh barkah. Pada malam ini terdapat beberapa amalan:PERTAMA; Dalam kitab al-Mishbah, Syekh Thusi ra meriwayatkan bahawa Imam Abu Ja'far al-Jawad bekata, " Sesungguhnya di bulan Rejab terdapat sebuah malam yang lebih utama dari bumi dan segala isinya. Malam itu adalah dua puluh tujuh Rajab. Pada pagi hari setelah malam itu. Rasulullah saw diutus mengemban risalah Islam. Sesiapa atau jika pengikut kami mengamalkan (sebuah amalan) pada malam itu, ia akan mendapatkan pahala dari ibadah yang dilakukan selama enam puluh tahun.Salah seorang sahabat bertanya. "Apakah amalan pada malam itu? "Beliau menjawab. " Setelah melakukan shalat Isya", tidurlah. Lalu bangunlah pada jam yang kau kehendaki sebelum tengah malam tiba. Kerjakanlah shalat dua belas rakaat (12) . Baca surah al-Fatihah dan salah satu surah pendek dan surah-surah Mufashshal di setiap rakaatnya. Surah-surah Mufashshal adalah surah Muhammad hingga akhir al-Quran . Bacalah salam sesuai mengerjakan dua belas rakaat sepenuhnya, duduklah dan bacalah surah al-Fatihah, al-Falaq, an-Nas, al-Iklas, al-Kafirun, al-Qadr, dan ayat Kursi masing-masing sebanyak 7 tujuh kali. Setelah itu bacalah: Doa,DoaSegala puji bagi Allah yang tidak beranak! Tidak bersekutu di kerajaanNya. Tidak memerlukan penolong dari kehinaan! Agungkanlah Ia seagung-agungnya!. Ya Allah! Aku memohon-Mu demi kemuliaan-Mu di pilar-pilar Arsy-Mu, demi rahmat tak terhingga di Kitab-Mu, demi asma-Mu yang teragung, demi zikir-Mu yang tertinggi dan demi kalimat-kalimat-Mu yang sempurna! Anugerahkanlah shalawat kepada Muhammad dan keluarganya! Perlakukan aku sesuai dengan kelayakan-Mu.Pada malam ini disunatkan untuk mandi dan melakukan shalat seperti yang telah disebutkan pada amalan Nishfu Rajab.KEDUA; Berziarah kepada Amirul Mukminin Ali bin Abu Thalib a.s. Ziarah ini adalah amalan yang paling utama pada malam ini. Terdapat tiga cara ziarah kepada beliau pada malam itu.Secara dekat ke maqom beliau atau dari jarak jauh dengan membaca doa ziarah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib. as.AMALAN SIANG 27 RAJAB BERSAMAAN 17 jUN, 2012 AhadPada hari ini terdapat beberapa amalan, antaranya:PERTAMA; Mandi.KEDUA; Berpuasa. Hari ini termasuk salah satu dari empat hari yang memiliki keutamaan khusus untuk berpuasa. Berpuasa pada hari ini sama dengan berpuasa selama 70 tujuh puluh tahun.KETIGA; Membaca shalawat sebanyak mungkin.KEEMPAT; Menziarahi Rasulullah saw dan Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as. (kalau tidak secara dekat hanya baca doa ziarah).Ayoh saudara/i yang beriman pada Hari Perhitungan..kita sama-sama rebut peluang kemasan ini selagi masih kesempatan.اللهم صل على محمد و آل محمدSumber Mafatih al-JinanSyekh Abbas Al-Qummi

No comments:

Post a Comment